LAMBAT

Diingatkan saya pernah terlambat ke kelas aplikasi komputer disebabkan bangun lewat . Itu kali pertama saya terlewat dalam kelas Encik Azzwan iaitu selama lima minit. Saya bangun lewat disebabkan saya tidak terdengar bunyi alarm telefon saya. Kerana terbiasa dengan masa tidur pukul 2 atau 3 pagi, saya selalu sukar untuk bangun awal terutamanya apabila ada kelas pada pukul 8 keesokkan hari. Agak malu rasanya kerana datang lewat ke kelas Sir namun itu lah akibatnya suka tidur lewat. Dan disebabkan masa itu saya tiada roommate, saya dibangunkan oleh ketukan pintu oleh kawan saya yang tinggal di blok asrama yang sama. Tetapi nasiblah fakulti ekonomi dan pengurusan hanya berada di hadapan kolej saya dan saya hanya memerlukan sebanyak 5 minit untuk berjalan sampai ke fakulti. 

Comments

Popular posts from this blog

Best Friend

PANIC

RELATIONSHIP