RELATIONSHIP
Kawan yang berbeza membawa kesenorokan yang berbeza. Terdapat satu geng kawan saya yang berlainan, kami saling mengenali daripada Kelab Bahasa Cina semasa di sekolah menengah. Walaupun kebanyakkan kami berbeza kelas, namun hubungan kami tetap sangat rapat kerana kami selalu lepak di kedai mamak dan juga keluar jalan-jalan. Setelah kami telah graduasi, kami masih ada contact antara satu sama lain. Sehinggalah kini, empat orang daripada kami sambung belajar di semenanjung dan satu lagi sambung universiti di Sibu, Sarawak. Sebelum tiga hari saya daftar ke universiti, saya telah datang ke KL dan kawan saya yang menjemput saya di lapangan terbang dan bawa saya jalan-jalan di KL untuk tiga hari itu. Pada cuti seminggu itu, mereka juga bawa saya tinggal bersama-sama kerana saya tidak dapat balik rumah. Berasa sangat terima kasih kepada mereka sebab sangat jaga dengan saya semasa saya berada di KL kerana mereka lebih awal sambung belajar di KL. Sangat menghargai hubungan ini walaupun di mana saja kami berada.

Comments
Post a Comment