PANIC

 Paniknya rasa apabila dah memasuki universiti selama dua bulan dan rasanya belum menguasai sesuatu kemahiran atau pun ilmu yang baru di mana peperiksaan midterm dah menjelang.

Panik rasanya apabila cuti seminggu ini harus mengejar due date assignment dan harus membuat ulang kaji yang banyak tentang keempat-empat subject , dan terlalu sibuk sehingga tiada cuti yang boleh dinikmati. Panik apabila merasai terlalu lambat untuk memulakan ulang kaji ini sebelum seminggu ujian itu akan dijalankan. Panik apabila pertama kali akan menduduki peperiksaan di peringkat universiti.

Terfikir satu bulan yang lepas apabila dipanggil interview untuk biasiswa pinjaman kerajaan Sarawak, saya pun rasa amat panic kerana ini pertama kali untuk diinterview dalam keadaan yang sangat formal di mana semua mereka merupakan pegawai-pegawai kerajaan. 

Namun, perasaan panik ni biasanya boleh ditanggani apabila seseorang itu sudah pun bersedia sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

Best Friend

RELATIONSHIP