Best Friend
Dia adalah kawan baik yang telah mengenali saya selama 10 tahun. Dia seorang yang boleh memahami saya tanpa memerlukan banyak perkataan. Dia seorang yang muncul dalam separuh umur kehidupan saya.
Kami mengenali antara satu sama lain dalam satu permainan badminton, kami menjadi partner dan telah menang piala juara untuk permainan itu. Cerita kami mula dari saat itu sehingga kini, kami telah berada dalam kelas yang sama selama 10 tahun berturut-turut. Sejak umur 10 tahun, kami telah menyaksikan banyak dalam kehidupan masing-masing. Dia menjadi ahli pasukan bola jaring semasa di Sekolah Menengah selama 5 tahun. Kami hampir berjumpa setiap hari untuk ke kelas dan untuk ke latihan bola jaring setiap petang. Terima kasih kerana sentiasa menjadi payung untuk saya semasa latihan petang kerana saya dipanggil Puteri Lilin yang sangat takut dengan matahari.
Dulu dia suka menangis, sekarang saya suka menangis. Terima kasih sebab sentiasa ada di sisi saya, selalu menberikan pelukan dari segi mental dan fizikal pada masa saya menghadapi kesukaran dalam kehidupan yang susah ini.
Kami kata nak pergi ke Universiti swasta sama-sama. Tetapi sebab alasan keluarga dia tertentu, saya masuk Form 6 dengan dia. Bulan terakhir unduk sem 3 , disebabkan akhirnya kami menjumpai impian yang sama iaitu untuk memasuki universiti awam bersama-sama, kami sangat berusaha dan kerja keras untuk bulan terakhir dan akhirnya kami menghabiskan pengajian bersama-sama.
Dia menukarkan borang permohonan Universiti pada saat terakhir kerana saya menukarnya. Universiti yang diisi di setiap baris adalah sama, hanya disebabkan matlamat dan impian kami. Sayang sekali kami gagal mencapai impian itu. Dia ditawarkan ke UUM manakala saya berada di UKM.
Kami tidak dapat memudaratkan dan menyusahkan antara satu sama lain lagi, seperti yang dia katakan. Sekolah yang berbeza ditakdirkan kehidupan kami akan mempunyai banyak perbezaan. Di masa hadapan, kita tidak akan sering bertemu. Ia tidak boleh seperti yang dibayangkan semasa berbual. Kadang-kadang saya rasa mungkin perjalanan 5-6 jam tidak jauh tetapi saya tahu ia akan menjadi sekali setiap enam bulan untuk berjumpa.Saya benar-benar sedih hari itu untuk masa yang lama.
Terima kasih kerana sentiasa mempercayai saya, semua yang saya katakan, percaya dengan pendapat saya Seperti yang saya katakan, saya percaya bahawa pertembungan keikhlasan dengan keikhlasan mewakili perhubungan kami. Sama seperti apa yang dia katakan, doakan masa depan yang cerah untuk antara satu sama lain bermakna perpisahan.
Akhir kata, saya sangat berharap dia akan bertemu kawan yang sangat baik, orang yang sangat baik dalam kehidupan dia yang baru. Saya berharap dia ditemani dengan orang yang ikhlas dan baik apabila saya tiada lagi di sisi dia untuk kehidupan seterusnya.
Comments
Post a Comment