SESAL
Banyak pilihan yang pasti akan menyesal apabila kita berada dalam dunia ini.
Teringat apabila semasa berada di sekolah menengah , saya telah menyertai pasukan bola jaring di peringkat sekolah menengah selama lima tahun. Berasa sangat sesal semasa pada tingkatan tiga kerana saya rasa sepatutnya pasukan kami mempunyai peluang untuk mendapat juara tetapi mungkin disebabkan kekurangan sedikit lucky dan usaha , kami kekurangan 2 markah daripada kumpulan juara iaitu Pasukan Sibu. Disebabkan dua markah ini, kami terlepas dengan peluang untuk mewakili negeri Sarawak untuk bertanding ke peringkat kebangsaan di Alor Setar, Kedah. Pada masa itu, pasukan saya berasa amat sesal kerana tidak usaha-usaha betul untuk pertandingan itu terutamanya saya. Kerana saya tahu itu satu-satunya peluang pasukan kita untuk menang dalam kebanyakkan pertandingan demi untuk membanggakan bandar, sekolah dan jurulatih kami. Kalau lah usaha kami itu lebih sedikit dari biasa, mungkin juara itu adalah milik kami. Namun itu lah takdir Tuhan.
Comments
Post a Comment