AKIBAT

Akibat daripada saya seorang yang suka tidur lewat, saya telah datang lewat ke kelas Aplikasi Komputer pada hari Selesa pada bulan lepas. Itu pertama kali saya lewat datang ke kelas semenjak saya masuk ke UKM. 

Kerana terbiasa dengan masa tidur pukul 2 atau 3 pagi, saya selalu sukar untuk bangun awal terutamanya apabila ada kelas pada pukul 8 keesokkan hari. Agak malu rasanya kerana datang lewat ke kelas Sir namun itu lah akibatnya suka tidur lewat. Dan disebabkan masa itu saya tiada roommate, saya dibangunkan oleh ketukan pintu oleh kawan saya yang tinggal di blok asrama yang sama. Tetapi nasiblah fakulti ekonomi dan pengurusan hanya berada di hadapan kolej saya dan saya hanya memerlukan sebanyak 5 minit untuk berjalan sampai ke fakulti.

Jadi, muncullah harapan baru saya iaitu saya berharap saya boleh mengubah masa saya tidur saya supaya lebih normal dan lebih sihat. 

Comments

Popular posts from this blog

Best Friend

PANIC

RELATIONSHIP