Posts

Showing posts from December, 2022

RELATIONSHIP

Image
Kawan yang berbeza membawa kesenorokan yang berbeza. Terdapat satu geng kawan saya yang berlainan, kami saling mengenali daripada Kelab Bahasa Cina semasa di sekolah menengah. Walaupun kebanyakkan kami berbeza kelas, namun hubungan kami tetap sangat rapat kerana kami selalu lepak di kedai mamak dan juga keluar jalan-jalan. Setelah kami telah graduasi, kami masih ada contact antara satu sama lain. Sehinggalah kini, empat orang daripada kami sambung belajar di semenanjung dan satu lagi sambung universiti di Sibu, Sarawak. Sebelum tiga hari saya daftar ke universiti, saya telah datang ke KL dan kawan saya yang menjemput saya di lapangan terbang dan bawa saya jalan-jalan di KL untuk tiga hari itu. Pada cuti seminggu itu, mereka juga bawa saya tinggal bersama-sama kerana saya tidak dapat balik rumah. Berasa sangat terima kasih kepada mereka sebab sangat jaga dengan saya semasa saya berada di KL kerana mereka lebih awal sambung belajar di KL. Sangat menghargai hubungan ini walaupun di mana s...

MERRY CHRISTMAS

Image
Pada 25 Disember 2022, ini kali pertama saya meraih perayaan Kristmas di Kuala Lumpur dengan kawan baru yang dikenali di UKM. Hari ini merupakan satu hari yang bahagia di mana saya meluangkan masa dengan kawan-kawan saya dengan gembira. Kami jalan-jalan ke Pasar Seni, makan makanan yang sedap, beli bunga yang cantik, jalan di bawah hujan tetap berasa bahagia. Kami keluar pada pukul 3 petang dan balik ke asrama pada pukul 10 malam. Jalan-jalan dengan kawan merupakan satu cara untuk melepaskan tekanan semasa berada di univerisiti walaupun mempunyai banyak assignment dan juga midterm exam yang belum habis. Kami telah membeli bunga Daisy dan Roses untuk menggembirakan diri sendiri pada hari yang romantik ini. Biasanya, saya akan meraih perayaan Kristmas dengan ahli keluarga saya. Disebabkan adanya kawan saya, perasaan rindu keluarga dan rumah menjadi lebih kurang kerana ada temanan kawan saya. Sangat bahagia kerana ada menemui mereka dalam umur 20 tahun ini.

SESAL

Banyak pilihan yang pasti akan menyesal apabila kita berada dalam dunia ini.  Teringat apabila semasa berada di sekolah menengah , saya telah menyertai pasukan bola jaring di peringkat sekolah menengah selama lima tahun. Berasa sangat sesal semasa pada tingkatan tiga kerana saya rasa sepatutnya pasukan kami mempunyai peluang untuk mendapat juara tetapi mungkin disebabkan kekurangan sedikit lucky dan usaha , kami kekurangan 2 markah daripada kumpulan juara iaitu Pasukan Sibu. Disebabkan dua markah ini, kami terlepas dengan peluang untuk mewakili negeri Sarawak untuk bertanding ke peringkat kebangsaan di Alor Setar, Kedah. Pada masa itu, pasukan saya berasa amat sesal kerana tidak usaha-usaha betul untuk pertandingan itu terutamanya saya. Kerana saya tahu itu satu-satunya peluang pasukan kita untuk menang dalam kebanyakkan pertandingan demi untuk membanggakan bandar, sekolah dan jurulatih kami. Kalau lah usaha kami itu lebih sedikit dari biasa, mungkin juara itu adalah milik kami. Na...

AKIBAT

Akibat daripada saya seorang yang suka tidur lewat, saya telah datang lewat ke kelas Aplikasi Komputer pada hari Selesa pada bulan lepas. Itu pertama kali saya lewat datang ke kelas semenjak saya masuk ke UKM.  Kerana terbiasa dengan masa tidur pukul 2 atau 3 pagi, saya selalu sukar untuk bangun awal terutamanya apabila ada kelas pada pukul 8 keesokkan hari. Agak malu rasanya kerana datang lewat ke kelas Sir namun itu lah akibatnya suka tidur lewat. Dan disebabkan masa itu saya tiada roommate, saya dibangunkan oleh ketukan pintu oleh kawan saya yang tinggal di blok asrama yang sama. Tetapi nasiblah fakulti ekonomi dan pengurusan hanya berada di hadapan kolej saya dan saya hanya memerlukan sebanyak 5 minit untuk berjalan sampai ke fakulti. Jadi, muncullah harapan baru saya iaitu saya berharap saya boleh mengubah masa saya tidur saya supaya lebih normal dan lebih sihat. 

PANIC

 Paniknya rasa apabila dah memasuki universiti selama dua bulan dan rasanya belum menguasai sesuatu kemahiran atau pun ilmu yang baru di mana peperiksaan midterm dah menjelang. Panik rasanya apabila cuti seminggu ini harus mengejar due date assignment dan harus membuat ulang kaji yang banyak tentang keempat-empat subject , dan terlalu sibuk sehingga tiada cuti yang boleh dinikmati. Panik apabila merasai terlalu lambat untuk memulakan ulang kaji ini sebelum seminggu ujian itu akan dijalankan. Panik apabila pertama kali akan menduduki peperiksaan di peringkat universiti. Terfikir satu bulan yang lepas apabila dipanggil interview untuk biasiswa pinjaman kerajaan Sarawak, saya pun rasa amat panic kerana ini pertama kali untuk diinterview dalam keadaan yang sangat formal di mana semua mereka merupakan pegawai-pegawai kerajaan.  Namun, perasaan panik ni biasanya boleh ditanggani apabila seseorang itu sudah pun bersedia sepenuhnya.