MULA
Mula kehidupan yang baharu dalam umur 20 tahun dengan sekeping tiket penerbangan T2PE2V dari Miri Sarawak ke Kuala Lumpur. Gementar kerana ini bermaksud saya harus mula berhadapan dengan perkara yang mungkin agak baru dan berjumpa dengan orang yang baru.
Mula kehidupan Universiti di UKM dengan permulaan yang amat terharu kerana menemui banyak kawan yang mesra dan baik hati. Semua orang dari bandar dan negeri yang berbeza dan berlakunya pertukaran budaya. Suasana antara kami amat meriah dan amat bahagia. Kerana adanya mereka, bulan pertama dalam UKM ini tidak begitu boring dan sunyi, tidak begitu sedih kerana rindu dengan keluarga yang jauh.
Kami telah mengeksploitasi ke kolej-kolej lain, pelbagai tempat dalam UKM, pergi ke luar universiti, tengok permandangan yang indah sekitar uni. Kami akan berjogging , berjalan-jalan, bersukan, main badminton bersama-sama . Yang paling seronok, kami akan mencari dan menikmati makanan yang sedap bersama-sama.



Comments
Post a Comment