MAMA
Wanita yang paling saya sayangi di dunia ini dan saya percaya día juga paling menyayangi saya . Wanita itu adalah MAMA saya ! Saya sangat rindu dengan mama saya sebab sudah dua bulan tidak balik ke rumah dan rindu dengan masakan mama. Rindu dengan masakan yang panas walaupun selalu suka bangun pada pukul 2-3 petang, mama selalu akan panaskan hidangan semula sebab tahu saya suka makan makanan yang panas. Setiap kali apa yang saya nak makan memang mama akan masakkan sebab dia memang nak saya makan banyak banyak sebab setiap kali saya nak diet, mama saya akan marah.
MAMA adalah orang yang paling hebat di dunia ini. Dia korban banyak masa, semua dan termasuk juga diri dia untuk menjaga semua anak-anaknya dan keluarga ini dengan baik. Sangat bahagia kerana adanya MAMA saya ! Senyum sambil menanggis menulis blog ini kerana terfikir mama dan juga sangat sangat rindu dengan keluarga saya.
Setiap kali apabila saya gaduh dengan mama saya, disebabkan saya seorang yang sangat degil dan suka merajuk, setiap kali mama yang akan mula bercakap dengan saya, dia akan panggil saya untuk makan walaubagaimana teruknya kami bergaduh. Dia sanggup merendahkan diri hanya kerana semata-mata tidak mahu saya kosongkan perut disebabkan emosi saya.
Masih teringat tiga hari sebelum saya ke UKM, mama saya baring di atas katil saya selama 3-4 jam di bilik saya dan diam sahaja melihat saya menyusun luggage saya dan sambil telepon dengan kawan saya. Saya tahu mama saya juga tidak sanggup untuk melepaskan saya ke tempat yang jauh dan sangat risau dengan saya tetapi dia selalu menghormati keputusan saya, dia percaya dengan semua keputusan yang saya lakukan. Dia selalu sokong apa yang saya nak lakukan tanpa mengatakan apa-apa pun. Saya nampak mata nya merah dan air matanya menitis semasa memeluk saya pada hari saya berangkat ke lapangan terbang.
I LOVE MY MAMA.

Comments
Post a Comment