Posts

Showing posts from November, 2022

MAMA

Image
Wanita yang paling saya sayangi di dunia ini dan saya percaya día juga paling menyayangi saya . Wanita itu adalah MAMA saya ! Saya sangat rindu dengan mama saya sebab sudah dua bulan tidak balik ke rumah dan rindu dengan masakan mama. Rindu dengan masakan yang panas walaupun selalu suka bangun pada pukul 2-3 petang, mama selalu akan panaskan hidangan semula sebab tahu saya suka makan makanan yang panas. Setiap kali apa yang saya nak makan memang mama akan masakkan sebab dia memang nak saya makan banyak banyak sebab setiap kali saya nak diet, mama saya akan marah.  MAMA adalah orang yang paling hebat di dunia ini. Dia korban banyak masa, semua dan termasuk juga diri dia untuk menjaga semua anak-anaknya dan keluarga ini dengan baik. Sangat bahagia kerana adanya MAMA saya ! Senyum sambil menanggis menulis blog ini kerana terfikir mama dan juga sangat sangat rindu dengan keluarga saya.  Setiap kali apabila saya gaduh dengan mama saya, disebabkan saya seorang yang sangat degil dan ...

PILIHAN

Image
Pilihan ke UKM merupakan pilihan ketiga yang diisi dalam UPU saya .  Saya sangat berharap dapat memasuki ke universiti impian saya iaitu UM , namun tidak dipilih tetapi saya menerima hakikat ini iaitu UKM dan berasa amat bersyukur. Pilihan ini membawa banyak perubahan kepada kehidupan saya di mana saya menjumpai banyak rakan yang baru dan mengalami banyak perkara yang istimewa serta mempunyai banyak pengalaman yang baharu.  Pilihan ini menjadikan saya menjadi seorang yang lebih berdikari dan telah menyesuaikan diri dalam kehidupan sendirian tanpa keluarga, saya boleh melalukan banyak perkara tanpa ibu bapa. Saya berharap agar pilihan ini dapat membawa banyak perubahan serta membawa masa depan yang cerah dalam kehidupan saya. 

Best Friend

Image
Dia adalah kawan baik yang telah mengenali saya selama 10 tahun. Dia seorang yang boleh memahami saya tanpa memerlukan banyak perkataan. Dia seorang yang muncul dalam separuh umur kehidupan saya. Kami mengenali antara satu sama lain dalam satu permainan badminton, kami menjadi partner dan telah menang piala juara untuk permainan itu. Cerita kami mula dari saat itu sehingga kini,  kami telah berada dalam kelas yang sama selama 10 tahun berturut-turut. Sejak umur 10 tahun, kami telah menyaksikan banyak dalam kehidupan masing-masing. Dia menjadi ahli pasukan bola jaring semasa di Sekolah Menengah selama 5 tahun. Kami hampir berjumpa setiap hari untuk ke kelas dan untuk ke latihan bola jaring setiap petang. Terima kasih kerana sentiasa menjadi payung untuk saya semasa latihan petang kerana saya dipanggil Puteri Lilin yang sangat takut dengan matahari. Dulu dia suka menangis, sekarang saya suka menangis. Terima kasih sebab sentiasa ada di sisi saya, selalu menberikan pelukan dari segi m...

MULA

Image
Mula kehidupan yang baharu dalam umur 20 tahun dengan sekeping tiket penerbangan T2PE2V dari Miri Sarawak ke Kuala Lumpur. Gementar kerana ini bermaksud saya harus mula berhadapan dengan perkara yang mungkin agak baru dan berjumpa dengan orang yang baru. Mula kehidupan Universiti di UKM dengan permulaan yang amat terharu kerana menemui banyak kawan yang mesra dan baik hati. Semua orang dari bandar dan negeri yang berbeza dan berlakunya pertukaran budaya. Suasana antara kami amat meriah dan amat bahagia. Kerana adanya mereka, bulan pertama dalam UKM ini tidak begitu boring dan sunyi, tidak begitu sedih kerana rindu dengan keluarga yang jauh.  Kami telah mengeksploitasi ke kolej-kolej lain, pelbagai tempat dalam UKM, pergi ke luar universiti, tengok permandangan yang indah sekitar uni. Kami akan berjogging , berjalan-jalan, bersukan, main badminton bersama-sama . Yang paling seronok, kami akan mencari dan menikmati makanan y...