Posts

Showing posts from January, 2023

CHINESE NEW YEAR

Image
Saya ingat saya tidak akan balik ke rumah untuk Chinese New Year tahun ini tetapi akhirnya saya balik juga. Berasa amat bahagia kerana tahun ini akhirnya semua ahli keluarga saya balik walaupun hanya tiga hari. Saya balik ke Sarawak pada 18/1/2023 dan dijemput oleh kawan baik saya di Lapangan Terbang Bintulu. Lepas itu, saya dan keluarga saya balik ke Sibu pada 20/1/2023 untuk menyambut Tahun Baru Cina. Kami makan malam bersama-sama dengan cousin keluarga saya dan main mercun pada pukul 12 pagi. Mendapat angpau pertama dari ibu bapa saya. Walaupun tahun ini tiada lagi nenek bersama dengan saya, tetapi saya tetap rindu dia. 

LAMBAT

Diingatkan saya pernah terlambat ke kelas aplikasi komputer disebabkan bangun lewat . Itu kali pertama saya terlewat dalam kelas Encik Azzwan iaitu selama lima minit. Saya bangun lewat disebabkan saya tidak terdengar bunyi alarm telefon saya. Kerana terbiasa dengan masa tidur pukul 2 atau 3 pagi, saya selalu sukar untuk bangun awal terutamanya apabila ada kelas pada pukul 8 keesokkan hari. Agak malu rasanya kerana datang lewat ke kelas Sir namun itu lah akibatnya suka tidur lewat. Dan disebabkan masa itu saya tiada roommate, saya dibangunkan oleh ketukan pintu oleh kawan saya yang tinggal di blok asrama yang sama. Tetapi nasiblah fakulti ekonomi dan pengurusan hanya berada di hadapan kolej saya dan saya hanya memerlukan sebanyak 5 minit untuk berjalan sampai ke fakulti.